TERKUNCI DALAM SENGSARA

[edit lirik]

Masih aku yang terkunci
Tiada ku daya melepasi
Kegelapan di daerahmu
Dulu terlena…bercanda kita…
Cuma seketika
* Datang salam ke lubuk silam
Menutupi sengsara ini
Menjawablah penderitaan
Bertanya janji janji mu
Mudahnya kau mungkiri
Korus:
Dan aku masih di sini
Mengutip pasrah yang pergi
Menanti bersama rindu ku
Tersungkur mengejar bayangan mu
Apa harus ku berdoa
Mengiringi kebahagiaanmu
Sedang aku terpenjara
Di dalam lautan tangisku
Berkelana…
Hakikat rahsianya
Ku terpedaya kerana setia
Kerana tiada harta

Selama…
Harta menjadi nilainya
Pencinta terhenti rindunya
Dan aku diundang sengsara
Solo
Ulang * dan korus
Lagu: Rosli Selasih
Lirik: Nur’zauk